Sang Gembala Kuda – Mohd Hashim Othman

Sang Gembala Kuda  – Mohd Hashim Othman

MAKSUD

Rangkap
Maksud

1
Seorang penjaga kuda sedang menghalau kuda-kuda dengan penyebat masuk ke dalam kandang

2
Dalam kandang telah tersedia rumput dan jerami sebagai makanan yang menjadikan kuda sentiasa setia.kuda ini tidak sedar dijadikan  tunggangan untuk memburu kuda lain.

3
Penjaga kuda diibarat penguasa yang mempunyai kemampuan untuk mengawal seluruh pengikut . Dia menggunakan seluruh kekuasaan untuk menindas . Namun ada seseorang yang  berani menentang kekejaman dan menghalang penindasan penguasa.

4
Penjaga kuda hanya mahu kudanya berlari dengan kencang tanpa mengambil kira kepenatan kuda yang ditunggang.Dia juga hanya mahu kuda yang boleh membawa kemenangan dan tidak menghiraukan penderitaan kuda yang ditunggangnya.semua kudanya terus ditunggangi tanpa belas kasihan.

TEMA

Menceritakan tentang tugas penjaga kuda yang mampu mengawal kudanya dengan penyembat  sebagai lambang kekuatan dan kekuasaannya di kandang.

PERSOALAN

1.    Persoalan kebolehan penjaga kuda mengawal kuda di sesebuah kandang kuda.

2.    Persoalan kesetian kuda kepada penjaga kuda kerana makanan yang diberikan.

3.    Persoalan kekuasaan memerlukan kekuatan dan keupayaan dalam mengawal sesuatu kumpulan.

4.    Persoalan kehidupan kuda yang sentiasa dikerah tenaganya untuk kemenangan

BENTUK

1.       Bentuk bebas

2.    Jumlah rangkap – 4 rangkap

3.    Jumlah perkataan setiap rangkap – bebas

4.    Jumlah suku kata dalam baris – 8 hingga 12 suku kata.

5.    5.Rima akhir setiap rangkap – bebas

GAYA BAHASA

Aliterasi – perulangan konsonan’n’
Contohnya : hanya mengenal pantas tunggangan
Asonansi – perulangan vokal ’a’
Contohnya :Dia lelaki sang gembala kuda
Metafora
Contohnya : cemati keberanian,rimba perburuan,paya penindasan
Hiperbola
Contohnya rembatan angkuhnya memacu takut.

NILAI

1.    Keberanian –

2.    Kesetiaan –

3.    harga diri –

PENGAJARAN 

1.    Kita hendaklah berani menghadapi kenyataan agar hidup lebih bermakna.

2.    Kita hendaklah setia dengan pemerintah atau ketua.

3.    Kita hendaklah berjuang demi kebenaran.

4.    Kita hendaklah memastikan kebajikan orang bawahan.

.