www.sibermerdeka.com.my (Abdul Ghafar Ibrahim)

www.sibermerdeka.com.my (Abdul Ghafar Ibrahim)

MAKSUD SETIAP RANGKAP

Rangkap pertama -Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.

Rangkap kedua -Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

Rangkap ketiga -Dalam kehidupan penyajak, dia sering berhadapan dengan pelbagai dugaan yang menguji kesabaran dan keimanannya.

Rangkap keempat -Penyajak yang berasakan dirinya hebat sering terpedaya oleh nafsu. Namun begitu, penyajak cepat tersedar seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.

Rangkap kelima -Penyajak sentiasa berusaha membaiki dirinya dengan bertekad untuk berubah ke arah kebaikan walaupun dia tidak mengetahui apa-apa yang bakal ditempuhnya pada hari-hari yang mendatang.

Rangkap keenam -Penyajak yang semakin berusia menjadi lebih matang. Dia tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.

Rangkap ketujuh -Dalam era globalisasi, penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.

Rangkap kelapan -Apabila tiba waktunya, penyajak harus bersedia menghadapi kenyataan hidup yang bersifat sementara. Setiap peristiwa dalam hidup penyajak berlalu dengan amat pantas. Oleh itu, penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.

TEMA - Ketabahan insan dalam mendepani dugaan hidup.

PERSOALAN

1.    Kepentingan merancang kehidupan. Contoh : Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.

2.    Kegigihan untuk menyelesaikan masalah. Contoh : Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

3.    Cara menjalani hidup dengan bermanfaat. Contoh : Penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.

BENTUK SAJAK

1.    Terdiri daripada lapan rangkap

2.    Terdiri daripada tiga hingga 10 baris dalam satu rangkap

3.    Terdiri daripada tiga hingga enam perkataan dalam satu baris

4.    Terdiri daripada tujuh hingga 15 suku kata dalam satu baris

5.    Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.

GAYA BAHASA

1.    Sinkof -yang tak diduga klimaksnya

2.    Hiperbola -hidup menentang senja dan malam

3.    Personifikasi – ombak gelora menampar pantai aman

4.    Repitisi -menghayati skrip demi skrip

5.    Anafora – aku berlatih menangkis angin , aku berlatih memunggah awan

6.    Simile – bagai siang memanggil malam

7.    Metafora -Dalam kebun diriku – Dalam parlimen diriku

8.    Kata ganda -Elakkan dirimu menjadi sia-sia

NILAI

1.    Nilai rasional -Contoh : Penyajak berfikiran rasional apabila menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.

2.    Nilai kegigihan -Contoh : Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

3.    Nilai keinsafan -Contoh : Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.

PENGAJARAN

 1.    Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan. Contoh : Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.
2.    Kita mestilah memiliki pendirian. Contoh : Penyajak tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.
3.    Kita mestilah sentiasa melakukan muhasabah diri. Contoh : Penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.

.