Amalan Pemakanan Sihat
Makanan berkhasiat
merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang
berfungsi secara normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga
yang mencukupi yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak secara optimum
dan kandungan fiber yang mencukupi. Makanan yang memberi tenaga dapat membina
badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit.
1.
Jangan
tidak makan karbohidrat
Sesetengah dari kita
merasakan dan mempercayai dengan mengambil karbohidrat menyebabkan mereka gemuk
dan mampu mengundang pelbagai penyakit. Ini mendorong mereka bertindak untuk
meninggalkan pengambilan nutrien tersebut secara total serta menggantikannya
dengan kaedah diet lain yang mungkin menyebabkan berlakunya malnutrisi.
2.
Rancang
apa yang hendak dimakan
Sekiranya berhasrat
untuk mengambil makan malam yang lebih berat seperti stik dan kentang,
kurangkan atau elakkan pengambilan makanan berdaging dan berkanji untuk waktu
makan yang lain dan begitulah seterusnya. Imbang dan rancang pengambilan
kategori makanan.
3.
Makan
tengahari semahu anda
Mungkin anda pernah
dengar sarapan pagi adalah penting dan makan dengan banyak untuk memulakan hari
anda tetapi ramai diantara kita yang tidak bersedia untuk makan dalam jumlah
yang banyak seawal pagi. Kebenarannya ialah waktu makan paling penting ialah
waktu makan tengahari di mana sistem penghadaman kita telah bersedia
sepenuhnya. Di waktu itu juga badan amat memerlukan makanan untuk berfungsi
sepenuhnya seharian. Namun begitu makan semahunya bukan bermakna anda boleh
makan apa sahaja dalam jumlah yang banyak tetapi perlulah dirancang dan
diimbang sebaik mungkin
4.
Makan
makanan berwarna pelangi
Sayuran hijau, oren,
anggur, kobis ungu, lada benggala dan pelbagai warna sayuran dan buah-buahan
akan membantu memberi tubuh badan dengan pelbagai nutrien yang akan membantu
melawan penyakit.
5.
Berhenti
sebelum kenyang
Makan itu bukan untuk
menjadi kenyang sebaliknya makan itu bertujuan memenuhi keperluan tubuh badan
dengan nutrien yang membolehkan tubuh berfungsi sebaiknya. Praktis ini
sememangnya amat membantu kerana ianya membolehkan sistem pencernaan berfungsi
lebih optimum dan ini dapat mengelakkan dari perut kembung serta mengurangkan
kadar risiko penyakit berkaitan usus dan perut.
6.
Tetapkan
pola waktu makan yang seragam
Waktu makan yang tidak
tetap akan menyebabkan kecenderungan untuk makan dalam kuantiti yang yang
banyak
7.
Minum
segelas air suam 20 minit sebelum makan
Mampu mengurangkan
jumlah makanan yang diambil serta membantu sistem penghadaman.
8.
Kurangkan
pengambilan gula di dalam makanan
Pengurangan
pengambilan gula membantu mengurangkan jumlah kalori di dalam pemakanan
seharian. Pengambilan gula secara berlebihan dalam jangka masa panjang boleh
meningkatkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti.
9.
Menguyah
makanan secara perlahan-lahan
Di dalam air liur
terdapat enzim amalyse yang membantu menguraikan makanan dan seterusnya
membantu sistem pencernaan. Makan dengan cepat akan menyebabkan air liur tidak
dapat menguraikan makanan dengan baik.
10. Tidur secukupnya
Amalkan tidur yang
secukupnya bagi mempastikan tubuh badan dapat berfungsi dengan baik termasuk
sistem penghadaman.
.