Maksud Sajak (Komsas Tingkatn 4)

Sajak www.sibermerdeka.com.my : Maksud Sajak (Komsas Tingkatn 4)

(Abdul Ghafar Ibrahim)

MAKSUD SETIAP RANGKAP

Rangkap pertama -Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.

Rangkap kedua -Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

Rangkap ketiga -Dalam kehidupan penyajak, dia sering berhadapan dengan pelbagai dugaan yang menguji kesabaran dan keimanannya.

Rangkap keempat -Penyajak yang berasakan dirinya hebat sering terpedaya oleh nafsu. Namun begitu, penyajak cepat tersedar seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.

Rangkap kelima -Penyajak sentiasa berusaha membaiki dirinya dengan bertekad untuk berubah ke arah kebaikan walaupun dia tidak mengetahui apa-apa yang bakal ditempuhnya pada hari-hari yang mendatang.

Rangkap keenam -Penyajak yang semakin berusia menjadi lebih matang. Dia tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.

Rangkap ketujuh -Dalam era globalisasi, penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.

Rangkap kelapan -Apabila tiba waktunya, penyajak harus bersedia menghadapi kenyataan hidup yang bersifat sementara. Setiap peristiwa dalam hidup penyajak berlalu dengan amat pantas. Oleh itu, penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.

.